Friday, February 28, 2014

Inevitable Prayer


*****

And then there is the fall. You know that the time would come; sooner or later. You swear that you could saw it coming from miles away. But there's nothing that you can do about it. The time comes so fast, but sometimes so slow that you could not keep on track. You're confused, yet you know what's going on. As you take the fall, you struggle with your feelings. Fear. Worry. Scared. Anxiety. It keeps on alternating; coming through in and out of your head. As you grow weary of the situation, only then you decided to focus on one thing. The ending. How would this arc ended? You started to accept the fact that there's nothing else to do but to pray; hoping that either you would have a safe landing or you would have the strength to stand again after the fall.


*****

Wednesday, July 10, 2013

Dosa vs. Dosa



Bzztt. Bzztt. Bergetar telefon bimbit Samsudin mengisyaratkan mesej diterimanya. Samsudin yang ketika itu sedang membelek-belek majalah cepat-cepat mencapai telefon bimbitnya itu. Dia tersengih membaca mesej yang diterimanya. Sedang dia membalas mesej itu, sekali lagi telefon bimbitnya bergetar. Kali ini telefon bimbitnya yang kedua pula yang bergetar. Baca, sengih dan balas. Sama sahaja reaksi Samsudin terhadap mesej yang kedua itu. Aziz, rakan serumah Samsudin, menggeleng kepala melihat kelakuan Samsudin itu. Dia tahu apa yang Samsudin lakukan walaupun hanya baru 6 bulan mereka tinggal sebumbung.

"Weh, Sam. Kau mesej awek-awek mana pulak tu?" tanya Aziz.

"Em, kau tak kenal lah budak-budak ni, Jiz. Aku kenal diorang masa pergi snorkeling last week." jawab Samsudin tanpa mengalihkan pandangannya kepada Aziz.

"Oh.." kata Aziz sambil duduk di atas sofa bertentangan dengan Samsudin. "Weh, Sam. Aku nak tanya kau lah. Seronok ke weh benda yang kau buat tu?" sambung Aziz.

"Amenda lah kau ni. Mesti lah best layan pompuan." jawab Samsudin separa ketawa. Aneh persoalan itu ditujukan baginya.

"Takde lah, maksud aku, ko tak rase bersalah ke? Kejap pompuan ni, kejap pompuan tu. Pastu minggu depan orang lain dah. Dah dapat, puas, tukar." sambung Aziz.

Riak muka Samsudin mula berubah. Dia yang sebentar tadi ceria, mula bertukar serius. Matanya merenung tepat ke muka Aziz. Mukanya merah. Sambil menukar posisi daripada berbaring di atas sofa kepada duduk, dia berkata kepada Aziz," Weh, ko ni apehal? Ko ada masalah dengan aku ke hah?" Nadanya keras.

"Eh, takde lah Sam. Aku tanya je. Sebab aku terfikir tadi, ko buat macam tu, ko tak terpikir ke kalau-kalau kakak ko, takpun adik pompuan ko kena camtu gak? Silap-silap mak ko pun.."

"WOI!! KO MAK-MAK JANGAN BUAT MAIN EH!!! ELOK SIKIT!!" tengking Samsudin, sebelum sempat Aziz menghabiskan ayatnya.

"Okey, okey. Sori. Aku mintak maaf. Tapi aku bagi contoh je, ko tak pernah terpikir ke kalau-kalau.." kata Aziz, cuba menenangkan keadaan Samsudin.

"AH!! APA KAU INGAT KAU TU BAIK SANGAT LAH WEH? BLAH LAA!! CERMIN DIRI DULU LA, SEBOK JE NAK BAGI CERAMAH KAT AKU! PUI!!" potong Samsudin lagi.

"Ye beb. Aku tau, aku sendiri pun takdelah baik mana, tapi aku buat dosa aku tak libatkan orang lain. Aku sorang-sorang je." jawab Aziz.

"Ek eleh, nak banding-banding pulak. Ok kalau ko nak banding. Tu! Ko tengok sana tu!" balas Samsudin sambil menunjuk ke arah bawah meja kopi mereka. Botol kaca berwarna hijau berselerak. "Tu ko punya kan? Ko sedar diri la sikit, ko nak banding-banding tapi dosa ko tu lagi besar ko tau tak? Sebok minum kencing setan ada hati nak ceramah orang. Hei, ko tau tak hadis cakap arak tu ibu segala kejahatan, hah?! Ko tau tak nabi laknat orang yang dekat dengan benda tu? Ko tau tak?!!" bebel Samsudin. "Aku kalau ye pun main pompuan, aku tak usik la benda-benda najis macam tu." tambahnya sedas lagi.

"Kalau macam tu ko pun kena laknat lah, sebab ko pun dekat je dengan benda tu." perlahan jawab Aziz.

"Eh, lahanat ni menjawab pulak. Aku bagi kang!" gertak Samsudin sambil menggenggam kolar baju Aziz.

"WOI!! SENYAP LAH!!" jerkah satu suara dari belakang mereka. Samsudin dan Aziz menoleh. Ramli, juga rakan serumah mereka, keluar dari biliknya dengan muka tensyen. "Korang apehal bising-bising?!" tanya Ramli sambil tercegat di muka pintu biliknya.

"Takde, Li. Ajiz ni ha, sebok campur hal aku. Nak bagi ceramah konon. Puii!!" jawab Samsudin sambil melepaskan genggaman kolar Aziz.

"Eleh, pasal tu pun nak gaduh? Sudah lah. Buang masa je." kata Ramli.

"Takde lah, kalau dia tu baik takpe Ramli, ini perangai pun serupa anak setan, ada hati nak ceramah aku. Tak sedar diri, padahal dia lagi terok daripada aku." jawab Samsudin."Ko pun mesti setuju dengan aku kan Li?" tanya Samsudin kepada Ramli.

"Ko jangan libatkan aku lah dalam masalah ko lah Sudin." jawab Ramli.

"Eh, jawab lah Li. Bagi la pendapat ko. Jangan cakap ko backup Ajiz ni kot?" pinta Samsudin.

"Ko betol nak aku cakap?"tanya Ramli. Samsudin mengangguk.

"Ok. Ko dengar sini." kata Ramli.

"Contoh la aku bagi ko pilih salah satu, sama ada ambik taik khinzir, *mak aku tak bagi cakap ba-alip-ba-ya*, takpun taik anjing. Mana satu ko pilih?" tanya Ramli.

"Taik anjing la kot." jawab Samsudin.

"Kat situ lah kau bodoh Sudin. Kalau aku, taknak aku ambik mana-mana. Sama je dua-dua najis berat. Dua-dua kena samak." jawab Ramli. "Jadi, kes korang ni sama lah macam tu. Puas hati?" tanya Ramli. Aziz dan Samsudin senyap terkedu.

"Dah puas hati, senyap. Sekarang ni earphone aku rosak, jangan bising-bising. Aku nak tengok blu pon tak senang." pesan Ramli sebelum masuk ke dalam biliknya.


Perlahan Aziz bersuara, memecah kesepian; "Padan muka ko. Tu lah, nak tanya lagi."


Thursday, July 4, 2013

Ibu, Khairol & Jamnol



Jarum jam menunjukkan pukul 6.40 petang. Khairol yang sudah mula bosan dengan rancangan yang disiarkan di kaca tv bangun meninggalkan ruang tamu tanpa menutup televisyen. Fikirnya, biarlah televisyen itu terpasang biarpun tiada orang menontonnya, bagi ada suara background sikit, takdalah sunyi sangat rasa rumahnya itu. Dia menuju ke dapur. Di dapur, ibunya, Mak Sah, sedang sibuk memotong sayur. Khairol mencapai gelas dan menuju ke peti sejuk mencari minuman. Dituangnya segelas air sejuk. "Mak nak air?", tanya Khairol. "Takpelah Yol."jawab Mak Sah. Khairol duduk berhampiran ibunya membawa air yang dituangnya tadi. Dia merenung ibunya yang sudah boleh digelar warga emas itu sambil meneguk air. 

"Bosan dah ke duduk rumah?" Mak Sah bersuara memecah kebuntuan. "Eh, takdelah mak. Biasa je lah ni duduk rumah. Takdelah bosan." Khairol menjawab spontan. Sejak cuti semester bermula tiga minggu lepas, Khairol tidak pernah ke mana-mana. Duduk di rumah saja. Mungkin itu sebab ibunya menanyakan soalan seperti itu, fikir Khairol. "Banyak ke masak mak?" Khairol menyambung perbualan. "Sikit je. Bukan ada orang nak makan kalau banyak. Buang je sudahnya nanti. Adik kau tu balik ke tak?" Mak Sah bertanya. "Entah lah mak. Kunci tak ambik pun. Tak balik lah tu kot." jawab Khairol. Mak Sah senyap seketika. Adiknya, Jamnol, sudah tiga hari tidak pulang ke rumah. Join bisnes katanya. "Selalu macam ni ke mak?" soal Khairol setelah melihat ibunya senyap sudah agak lama. "Macam tu lah Yol. Sebelum ni lagi lah. Tak balik langsung cuti pun. Ni engkau ada baru dia balik. Ingat duduk lama. Tengok-tengok hilang pulak." keluh Mak Sah panjang. Khairol hanya mendengar. "Apa nak jadi entah anak aku sorang tu." sambung Mak Sah. 

Mendengarkan keluhan ibunya itu, Khairol cuba menghilangkan resah ibunya. "Biar je lah dia tu mak. Pandai-pandai lah dia balik nanti." sampuk Khairol. "Dia ada dekat rumah pun bukan bercakap dengan orang lain. Buat hal sendiri je." sambungnya lagi. "Ye lah Yol. Dia stress kerja."kata Mak Sah. "Alah, stress. Dia jugak yang sibuk nak kerja. Orang tak bagi, degil. Nak melawan je kerja. Orang cakap taknak dengar." bebel Khairol. Marah benar Khairol dengan adiknya itu. Kini giliran mak Sah pula mendengar. "Yol dah cakap dah kat dia tu mak, yang benda tu semua tipu, tokey dia tu penipu, tapi dia taknak dengar. Sekarang biar je lah dia. Jadi kuli orang je." sambung Khairol lagi. Menyedari yang dia seakan meninggikan suara terhadap emaknya, Khairol berhenti dan meneguk air sejuknya tadi. 

"Ye laah. Mak pun dah puas cakap dekat dia. Macam-macam dah mak cakap." kata ibunya. "Dah kalau tak nak dengar takpe lah. Mak tau asal dia selamat cukup lah. Mak doa je lah." sambung Mak Sah. "Mak tak boleh nak cakap lama-lama dah dengan Jamnol tu. Kalau lama-lama nanti mak mula perli-perli dia, tinggi suara kat dia, ish, mak tak boleh lah."sambungnya lagi. "Alah, sama je dengan Yol, mak. Yol mana boleh cakap elok-elok dengan dia. Rasa geram je."Khairol menyelit. 

"Engkau takpe, Yol. Engkau tu abang dia. Mak ni tak boleh. Mak bukan abang dia. Ni mak dia. Kang tercakap bukan-bukan, terdoa bukan-bukan, tersumpah ke macam mana?" balas Mak Sah. Khairol terus tersenyap. Terkedu bukan main dia mendengar kata-kata yang keluar dari mulut ibunya itu. 

Patut lah ibunya itu banyak diam, fikirnya.